COVID-19: ZIKIR TERAPI HATI (Siri 1)

webmaster

Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan jangkitan pandemik COVID-19 meletakkan ramai individu di dalam keadaan tertekan.

Samada pesakit yang positif, ahli keluarga atau masyarakat umum, ia mengakibatkan kemunculan kesan-kesan terhadap emosi dan mental apabila terasing di bilik isolasi, jauh dan terkandas, tidak dapat keluar bekerja, runsing dibuang kerja atau pun ketiadaan bekalan makanan dan kesempitan wang.

Di samping itu, ketakutan akan mendapat jangkitan penyakit ini, kematian ahli keluarga dan kehilangan insan tersayang turut meragut ketenangan fikiran.

Meskipun ketika ini banyak strategi dibuat bagi menangani permasalahan mental seperti terapi psikologi, spiritual, tele-perubatan, meditasi, yoga dan relaksasi, namun sebenarnya Islam lebih awal mengemukakan jalan penyelesaian samada dalam konteks pemikiran mahu pun kejiwaan.

Rujukan utama

Islam mendidik umatnya bahawa musibah itu bentuknya ujian dan peringatan. Maka rujukan utama kita ialah kembali kepada Allah melalui aktiviti menggali pengajaran Kitab-Nya.

Oleh itu, mentadabbur intipati Al-Quran bakal menemukan kita dengan pelbagai penyelesaian kepada segala aspek persoalan kehidupan.

Amalan melantunkan zikir-zikir di lidah agar ia mampu menggerakkan hati di dalam mengingati Allah mampu menarik balik ingatan bahawa sekuat manapun kudrat yang kita ada, kita tidak mampu berhadapan dengan tentera dan kekuasaan Allah.

Nah, walaupun saiz Covid-19 begitu kecil, cuma berukur 65 ke 125 nanometer, ia ternyata berupaya merencatkan agenda ekonomi dan sosial seluruh dunia.

Terapi hati

Antara amalan penenang hati yang melembutkan jiwa adalah melalui terapi zikir.

Zikir memberi ketenangan, merendahkan kekalutan fikiran, mengurangkan tekanan otot, kesakitan, kegelisahan dan membantu mendapatkan tidur yang optimum.

Lantaran tidur adalah rahmat dan terapi yang disediakan buat insan melalui sensitiviti deria mata dan otak terhadap unit-unit cahaya yang terpantul dek matahari.

Fitrah kejadian

Menggunakan kecanggihan fungsi ritma sirkadian pada jam biologi manusia, kita mampu mencerap malam untuk tidur dan siang untuk berjaga dan berkerja.

Justeru itu, akur kepada peredaran waktu adalah sebuah pematuhan kepada fitrah kejadian alam dan kebijaksaaan ciptaan Allah yang terlukis pada manusia.

Subnahallah walhamdulillah wala ilaaha illallah, Allahu akbar.

Teknik relaksasi

Zikir ialah teknik relaksasi Islami yang menenangkan jiwa, minda dan fizikal manusia.

Pusatkan fikiran kepada kehadiran Allah di hadapan, hadirkan hati ke dalam ucapan, di sana adanya sebuah kuasa yang kuat untuk bergantung harap menghapuskan kesedihan yang terapung.

Fokuskan bahawa Allah SWT jugalah Zat Maha Berkuasa yang menitipkan takdir detik tahun 2020 yang dinanti-nanti ini untuk sebuah catitan baharu yang bakal merubah landskap ekonomi, sosial serta politik, dan jika kita tidak berubah, rugilah!

oleh Samhani Ismail, PhD
Pensyarah, Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Penyelidik, Projek Pembinaan Sistem Penilaian Risiko COVID-19 dan Pengawasan Kesihatan Kendiri (CHaSe) merangkap Ahli Jawatankuasa Bantuan Awal Psikospiritual, UniSZA.

Rujukan:
Hanan Soliman dan Salwa Mohamed (2013). Effects of Zikr Meditation and Jaw Relaxation on Postoperative Pain, Anxiety and Physiologic Response of Patients Undergoing Abdominal Surgery, Journal of Biology, Agriculture and Healthcare, Vol.3, No.2.

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2653123841588633

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

COVID-19 SHALL BE VANQUISHED

by Dato’ Prof Emeritus Dr Hashim Yaacob, FRCPath (UK), Dip Islamic Stud (UIAM) and Adi Sukma LLB (Reading) While Covid-19, is wreaking havoc in most countries, we are relieved and thankful as lately the number of people infecteđ by the virus is decreasing day by day. The Ministry of Health […]

Subscribe US Now