D’ Perdana Telipot Menjadi Mercu Tanda Kawasan Setempat

webmaster

KOTA BHARU: Selepas berjaya membangunkan beberapa apartmen antaranya Pusat Dagangan Kelantan (KTC), projek Apartmen D’ Perdana Sri Cemerlang dan apartmen elit TROIKA Kota Bharu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kembali mendapat tonik untuk terus membangunkan projek apartmen servis serta menjadi pelopor dalam sektor tersebut di negeri ini.

Kali ini, projek Apartmen D’ Perdana Telipot yang bernilai RM158 juta pula akan dibangunkan melalui usahasama dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Projek yang akan dimajukan oleh Jalur Saujana Sdn Bhd, anak syarikat Protasco Berhad itu membabitkan pembinaan bangunan setinggi 23 tingkat merangkumi 568 unit rumah di aras 6 hingga 23, dengan pembahagian 140 unit rumah jenis A, 156 unit rumah jenis B, 136 unit rumah jenis C dan 136 unit rumah jenis C2 beserta 15 unit kedai pada aras lantai bangunan di Jalan Raja Dewa, Telipot di sini.

Pembangunan D’Perdana Telipot di atas tanah berkeluasan hampir 2 ekar ini menawarkan unit apartmen berkeluasan 460 kaki persegi sehingga 850 kaki persegi. Selain itu, turut disediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti dewan serbaguna, Sky Garden dan Rooftop Garden, taman permainan kanak-kanak berserta kolam mandi berasingan untuk lelaki dan perempuan.

D’Perdana Telipot turut menawarkan unit 3 bilik tidur untuk penduduk di Kota Bharu dengan harga yang amat berpatutan, sejajar dengan aspirasi negara dalam menggalakkan milikan rumah bagi kesemua rakyat.

Majlis Pecah Tanah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob.

Turut hadir pada majlis tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Telipot, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail, Pengarah YIK, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan Pengerusi Protasco Berhad, Tan Sri Hadenan A Jalil.

Dalam perkembangan sama, Jalur Saujana Sdn Bhd turut menyumbang RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Telipot sempena bulan Ramadan.- FB  PKINK 17/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PAS Kelantan tidak paksa ahli PKR letak jawatan

KERAJAAN Kelantan menyerahkan pada ahli-ahli PKR sendiri untuk membuat keputusan sama ada untuk kekal sebagai pimpinan lantikan politik atau sebaliknya. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang mereka. “Bagaimanapun kalau ingin kekal dengan jawatan itu lagi baik dan kami mengalu-alukannya,” ujarnya. Sambungnya, kerajaan negeri […]

Subscribe US Now