Dahulukan Muslim ketuai agensi kerajaan

KOTA BHARU: Islam mendahulukan orang Muslim yang amanah untuk dilantik sebagai pemimpin bagi mengetuai mana-mana agensi kerajaan.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, Islam melarang orang bukan Islam dilantik menjadi ‘orang dalam’ sehingga diberi kepercayaan.

“Sekarang negara sudah lama merdeka, adakah hendak mencari orang Islam dilantik mengetuai agensi kerajaan begitu sukar.

“Kalau dahulu kita akui memang sukar kerana tidak ramai orang Islam yang pakar dalam sesuatu bidang, namun sekarang sudah ramai.

“Adakah kita tidak menjumpai orang Islam sendiri sehingga dilantik tokoh bukan Islam,” katanya sebagai merujuk isu pelantikan Peguam Negara pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.

Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menjadi pertikaian orang ramai.

Ustaz Mohd Nassuruddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, kerajaan baru yang menerajui negara tidak lagi mengutamakan kriteria agama bagi melantik seseorang pegawai kanan. – HARAKAHDAILY 8/6/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment