“Dahulukan OKU,” saran MB

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar, Haji Ahmad Yakob menyarankan semua lapisan masyarakat mendahulukan OKU di mana-mana sekalipun.

Saranan beliau itu didahulukan dengan sumbangan sebuah van kepada HUSM untuk kemudahan pengangkutan dan keselesaan golongan OKU yang berurusan dengan pihak HUSM.

Ustaz Ahmad turut merayu agensi-agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi kewangan agar sama-sama membantu golongan istimewa ini.

Dalam ucapan perasmian Sambutan Hari OKU Muqarrabun Peringkat Negeri Kelantan itu, Ustaz Ahmad turut menyentuh mengenai cadangan beliau menukarkan nama Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan kepada Jawatankuasa Tadahan Rahmat dengan harapan Allah kurniakan rahmat berpanjangan kepada rakyat dan negeri Kelantan.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment