Dakwaan Mukhriz tak betul – Timbalan Mursyidul Am

webmaster

KOTA BHARU: Kecelaruan politik yang berlaku sekarang membuatkan beberapa pihak membuat kenyataan tidak berasas kononnya PAS dan Umno bakal bergabung.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan yang dibuat mereka sesuatu yang tidak pernah wujud.

“Kita tidak ada sebarang perjanjian dengan Umno. Sejak dahulu sehingga kini pun tak pernah ada perjanjian.

“Cuma yang ada hanyalah memberi kerjasama untuk program kebajikan yang membabitkan kepentingan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 100 pesakit Hospital Raja Perempuan Zainab II hari ini.

Baru-baru ini bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa ada perjanjian dua parti itu untuk bergabung bagi membahagi pemerintahan.

Katanya, dakwaan Mukhriz itu tidak betul sama sekali.

Sedangkan tambahnya, PAS tetap berada pada landasannya dengan perjuangan asal walau pun terpaksa berkeseorangan. – HARAKAHDAILY 28/6/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RUU Persendirian pindaan Akta 355 bukan langkah tergesa-gesa

Rang Undang-undang Persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta 355 melibatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah bukanlah satu tindakan yang tergesa-gesa. Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar menyokong sepenuhnya usaha yang dibuat Abdul Hadi Awang. “Dah 32 […]

Subscribe US Now