DAP DISARAN LETAK JAWATAN KABINET

webmaster

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SAYA sarankan semua wakil DAP dalam kabinet meletakkan jawatan susulan dua isu yang disuarakan bercanggah dengan pendirian kerajaan mutakhir ini. Pertama ialah isu ekstradisi Dr Zakir Naik dan kedua ialah isu pelaksanaan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat. DAP hanya mementingkan kepentingan partinya dan tidak mahu mengangkat semangat tanggungjawab kolektif dalam kabinet.

Isu ekstradisi Dr Zakir Naik telah dijelas dan dijawab dengan baik oleh Kementerian Dalam Negeri. Namun, ia tetap ditekan oleh DAP. Begitu juga dengan isu pelaksanaan tulisan khat. Walaupun telah dimuktamadkan oleh YAB Perdana Menteri, namun masih wujud penentangan keras dari DAP. Hal ini jelas menunjukkan ketidak serasian dalam kalangan komponen PH terhadap dasar-dasar kerajaan.

YAB Perdana Menteri tidak boleh membiarkan kemelut ini berpanjangan kerana ia akan mengganggu perjalanan pentadbiran kerajaan. Saya juga telah menegaskan sebelum ini bahawa banyak agenda kerajaan akan disabotaj oleh komponen PH sendiri kerana tiada tanggungjawab kolektif dalam kalangan mereka. Perkara ini akan mempengaruhi sentimen dan keyakinan pihak luar terhadap negara.

Maka, saya sarankan agar mana-mana anggota kabinet yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan perlu mengundurkan diri agar tidak menjadi duri dalam kabinet. Negara perlukan kabinet yang lebih kuat, bersatu hati dan lebih kukuh untuk melonjakkan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
Timbalan Presiden PAS
5 Zulhijjah 1440 | 6 Ogos 2019

Sumber: https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/3117977974909188

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DR ZAKIR TIDAK SABAR TEMUI RAKYAT KELANTAN

KOTA BHARU: Pendakwah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik yang tiba di sini pagi tadi memberitahu tidak sabar untuk bertemu rakyat Kelantan. Beliau turut mengucap terima kasih kepada kerajaan Kelantan kerana mengaturkan program khas untuknya di negeri tersebut. “Insya Allah kita bertemu nanti,” ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail […]

Subscribe US Now