DAPAT ROYALTI BOLEH TANGANI ISU KEMISKINAN

Oleh Aslani M

KOTA BHARU: Sudah tiba masanya Putrajaya mengembalikan royalti petroleum dan gas yang menjadi hak Kelantan sebagaimana perjanjian yang dimanterai pada 1975.

Presiden Kelantan Care, Nazman Che Iberahim berkata, lagi pun sebelum ini Kelantan disisih begitu lama bagi mendapat hak di bawah semangat federalisme.

Katanya, masalah kemiskinan di semua negeri memerlukan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Apabila disebutkan kemiskinan yang berlaku di negeri ini, maka sikap proaktif dan adil perlu menjadi keutamaan.

“Jika dahulu banyak perkara yang dilihat dalam kacamata diskriminasi dan kadang kadang jauh daripada menepati konsep federalisme, maka kini Putrajaya boleh dan mampu merubahnya,” katanya di sini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa semalam dilapor mendakwa kemiskinan Kelantan khasnya kawasan luar bandar masih serius dan memerlukan perhatian pelbagai pihak.

Nazman juga berkata, kerajaan Pusat perlu membuat sesuatu yang berlainan daripada pemerintah terdahulu apabila bercakap soal Kelantan miskin.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali memberi jaminan akan membayar royalti kepada Kelantan selepas isu saman berkaitan tuntutan royalti di mahkamah selesai. – HARAKAHDAILY 15/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11935-dapat-royalti-boleh-tangani-isu-kemiskinan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment