Darussyifa’ cadang tubuh universiti sendiri

webmaster

KOTA BHARU – Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) menjadikan bahan dari pokok herba dan bacaan ayat rukyah sebagai alternatif bagi merawat pesakit kronik.

Pengerusi Darussyifa’ Malaysia, Abdul Rahman Ahmad berkata, sebenarnya sudah lama persatuan tersebut membuat kajian dari segi perubatan Islam dan menjalankan rawatan kepada pesakit kronik dengan ikhtiar kesembuhan.

“Memandangkan semakin ramai pesakit yang menghidap penyakit kronik terutama kencing manis dan kanser ini, kami mencari kaedah terbaik untuk mengubati pesakit ini, termasuk penyakit asma (lelah), jadi bidang kami bukan hanya bertumpu kepada rawatan berkaitan gangguan (sihir, saka, santau dan susuk) sahaja.

“Tambahan alternatif ini mengukuhkan hasrat persatuan yang semakin sibuk untuk mempunyai tempat mengajar perawat di pusat rawatan Islam iaitu Universiti Darussyifa’, seperti hasrat Allahyarham Datuk Dr Haron Din,” katanya selepas Simulasi Rawatan di Karnival Toyyiba di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.Hadir sama, Pengarah Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengadakan permulaan projek tersebut dengan menjalankan kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), kemudian akan mengadakan kelas sendiri.

“Kalau kita lihat bukan sukar untuk membina universiti sendiri kerana Darussyifa’ sudah mempunyai pelajar (perawat) tersendiri, cuma sekarang hanya perlukan bantuan, sebab itulah Yayasan Darussyifa’ ditubuhkan untuk menjayakan usaha ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kaedah rawatan alternatif untuk penyakit kronik, Zaki berkata, antara bahan herba yang digunakan termasuk campuran rumput sambau, kapur kulit kerang dan doa rawatan untuk kanser.

“Bagi penyakit kencing manis, pokok letup-letup dikering dan direbus dengan doa digunakan untuk merawat kencing manis, manakala lendir belut, buah kelapa tumbuh, getah betik muda, madu, sup burung anak burung ciap rumah ditambah dengan doa serta selawat syifa’ boleh merawat penyakit lelah,” katanya. SINAR HARIAN 27/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Selamat Datang ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017

KELANTAN muncul sebagai negeri penerajui pengeluaran beberapa jenis buah-buahan terpilih di Malaysia sehingga ia berjaya mengatasi semua negeri lain tahun 2016. Antaranya tembikai dengan 39,368 metrik tan, dokong (21,333 metrik tan), manggis 4,067 metrik tan dan salak, 1,316 metrik tan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che […]

Subscribe US Now