Dasar Pendidikan Rabbani jadi model

webmaster

KOTA BHARU: Dasar Pendidikan Rabbani (DPR) menjadi tunjang perkembangan pendidikan Islam di Kelantan pada masa hadapan. Dasar baharu itu dilancarkan pada Februari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, beberapa usaha dilakukan bagi memastikan hasrat itu tercapai.

Antaranya kerajaan negeri menawarkan kerjasama kepada semua pihak bagi memberi sumbangan idea serta kepakaran bagi memperkasakan DPR yang boleh menjadi model kepada negeri-negeri lain.

“Kelantan menawarkan usaha agar kita boleh bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan untuk dikembangkan dasar pendidikan rabani.

“Kita mengadakan kerjasama dengan Persatuan Intelektual Muslim Malaysia yang melibatkan 15 pakar pendidikan diketuai Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri sejak 2014,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Pendidikan Rabbani (ICIED) 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Perasmian seminar itu disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub.

Sebanyak 107 kertas kerja dibentangkan pada seminar itu. Ia bertema Bersama Membina Generasi Rabbani. – HARAKAHDAILY 5/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8628-dasar-pendidikan-rabbani-jadi-model

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bawa pindaan RUU355 bukti angkat syiar Islam

KENYATAAN bahawa Kerajaan Persekutuan ingin meningkatkan syiar Islam dengan peningkatan peruntukan kepada RM1.2 bilion dalam Bajet 2019 boleh dipersoalkan banyak pihak. Kalau kerajaan serius, hasrat ini sepatutnya turut direalisasi dengan inisiatif menaiktaraf institusi Perundangan Syariah ke peringkat yang lebih tinggi. Namun kerajaan dilihat gagal berbuat demikian. Mahkamah Syariah yang diamalkan di […]

Subscribe US Now