Dasar UMI eratkan jalinan Gajah Puteh dan Tanah Serendah Sekebun Bunga

 

RANTAU PANJANG: 30 Delegasi Kerajaan Thailand yang diketuai Ketua Whip Parlimen Thailand, YB Mr. Wirat Rattanassed dan Menteri Thailand hadir melawat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing) di sini.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian tanda keakraban hubungan negara jiran yang terbina sejak sekian lama.

Di dalam pertemuan tersebut, YB. Mr. Wirat Rattanassed berkata, “hubungan yang terjalin kukuh berabad lalu terus kekal kukuh di antara Kelantan dan Thailand khususnya Selatan Thailand. Sehingga satu ketika sempadan Golok dan Rantau Panjang merupakan destinasi tumpuan kedua-dua negara jiran yang unik”.

Rombongan Kerajaan Thailand telah disambut oleh YB Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin Daud mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar dengan diiringi oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, dan YB Dr Haji Izani Husin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Memetik kata-kata YB Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapan aluanya menjelaskan dasar Kerajaan Kelantan yang berteraskan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan memasuki tahun ke 30 pentadbirannya telah meletakkan wawasan iaitu:
“Menjadikan Kelantan negeri yang rakyatnya menikmati keberkatan, kemakmuran dan kebajikan, penuh bermaklumat dan hidup yang sejahtera, dengan mengoptimumkan hasil menerusi amalan urus tadbir kerajaan yang cekap, telus dan berintegriti selari dengan visi, misi dan objektif Dasar Membangun Bersama Islam.”

Selain itu, beliau turut mengalu-alukan kehadiran pelancong Negara tersebut sempena Tahun Melawat Kelantan 2020. Risalah promosi TMK2020 turut diagihkan kepada semua delegasi dan diharapkan keakraban hubungan dua hala ini terus diperhebatkan bagi mengalakkan kemasukan pelancong Thai ke negeri Kelantan.

Di akhir sesi, kedua-dua delegasi bertukar-tukar cenderamata kenangan tanda penghargaan dan simbol hubungan dua hala yang terus mekar terjalin.

#merakyatkanmembangunbersamaislam
#tahunmelawatkelantan2020
#KelantanDihati
#ILoveKelantan

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2250707501889855&id=1525971781030101

(Visited 12 times, 1 visits today)

Add Comment