DATA PEMINJAM AIM BUKAN INDIKATOR UKUR MISKIN

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Pengkalan data e-Kasih dan jumlah peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) paling ramai di Kelantan tidak boleh dijadikan kayu pengukur kemiskinan di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, AIM dan pengkalan data e-Kasih begitu meragukan untuk dijadikan ukuran kemiskinan rakyat.

“Ada banyak isu yang perlu dinilai. Sebagai contoh pendapatan RM2,000 sebulan di Kelantan berbanding di Kuala Lumpur tidak sama.

“Kalau di Kelantan mungkin sudah dikategorikan sebagai sederhana hidup mereka, tetapi kalau di Kuala Lumpur belum mencukupi,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Kelmarin Dr Mohd Radzi mendakwa Kelantan antara negeri termiskin dan ramai rakyatnya bergantung kepada bantuan kerajaan.

Menurutnya kadar kemiskinan Kelantan pada kadar 0.4 peratus menyamai purata nasional, sekaligus meletakkannya sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu).

Mohd Amar juga berkata, ada di antara rakyat Kelantan tidak berduit namun ada harta yang banyak. – HARAKAHDAILY 28/8/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12739-data-peminjam-aim-bukan-indikator-ukur-miskin

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment