Daurah al-Quran makin dapat sambutan

webmaster

KOTA BHARU: Program Daurah al-Quran yang diadakan di Madinah Ramadan sempena Ramadan semakin mendapat sambutan orang ramai.

Ustaz Nazri Daud memperdengar bacaan al Quran di Daurah al Quran.

Program harian yang diadakan sepanjang Ramadan bermula jam 9.00 pagi berakhir sehingga solat Zohor.

Ia diisi sesi bacaan ayat-ayat al Quran oleh qari jemputan, manakala terjemahan dan kupasan terperinci disampaikan pakar dalam bidang berkaitan.

Pengarah Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Ustaz Ropein Hassan berkata, Ramadan ini merupakan tahun kedua program itu diadakan.

Katanya, sambutan orang ramai tahun kedua ini meningkat berbanding tahun lepas.

“Program berkenaan diadakan bermula semalam dengan kehadiran 150 peserta yang mengikuti kuliah tafsir dan kupasan maksud Surah Al-Baqarah,” katanya di sini.

Hari ini Ustaz Mohd Nazri Daud merupakan qari jemputan membaca surat Al Baqarah.

Kupasan pula disampaikan Ustaz Mohd Ruduan Hasan dan kuliahnya oleh Dr Azhar Abdullah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). – HARAKAHDAILY 7/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10972-daurah-al-quran-makin-dapat-sambutan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JUZ 2 "Kepakaran Prasyarat Kepimpinan"

SENTUHAN HIDAYAH MENERUSI IBRAH PARA ANBIYA’ DAN SOLEHIN MELALUI JUZ 2⃣ “KEPAKARAN PRASYARAT KEPIMPINAN” Apabila kita meneliti ibrah daripada kehidupan para Anbiya’ dan solehin, didapati terlalu banyak pengajaran yang boleh dicontohi dalam kehidupan seharian. Apatah lagi dalam sesebuah pentadbiran negara memerlukan kepada petunjuk Syarak supaya kepimpinan yang memegang tampok pemerintahan tidak […]

Subscribe US Now