DEDAH KEKEJAMAN KOMUNIS TERHADAP UYGHUR

webmaster
Himpunan membantah kekejaman kerajaan Komunis terhadap umat Islam di Uyghur.

KOTA BHARU: Banyak lagi siri pendedahan akan diadakan bagi memberi maklumat mengenai kekejaman kerajaan Komunis China terhadap kaum minoriti Uyghur di negara itu.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim berkata, perkongsian daripada mangsa terlibat di China akan memberi maklumat kepada rakyat negara ini akan diadakan.

“Usaha inilah kita lakukan untuk memupuk kesedaran serta meningkatkan lagi sensitiviti masyarakat khususnya dalam kalangan belia terhadap isu yang membabitkan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan aman bagi menyatakan bantahan terhadap penghapusan etnik Uyghur di Medan Ilmu hari ini.

Turut menyertai perhimpunan aman itu Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Dato’ Dr Johari Mat dan Adun Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah.

Wakil Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) dan Ameerah menyampaikan ucapan mengenai krisis yang sedang melanda umat Islam di Xinjiang. – HARAKAHDAILY 20/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/20/dedah-kekejaman-komunis-terhadap-uyghur/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PIALA MB KELANTAN HAMPIRI KEMUNCAK

KOTA BHARU: Kehangatan kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar (MB) Kelantan menghampiri kemuncak di mana perlawanan akhir akan berlangsung pada 28 Disember ini di Stadium Sultan Mohamad IV. Pasukan yang layak ke pertandingan akhir akan ditentukan malam 25 Disember ini. Pada perlawanan itu pasukan Dun Limbongan akan berdepan dengan Dun […]

Subscribe US Now