Deklarasi Kota Bharu dibawa ke peringkat dunia

webmaster

TUMPAT: Deklarasi Kota Bharu sempena Hari Sayyidatina Khatijah (HSK) 2019 yang berakhir semalam akan dibentangkan di peringkat dunia khususnya persidangan Internation Muslim Women Union (IMWU).

Mumtaz Md Nawi menerangkan cara pembuatan serunding di Kampung Laut.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, IMWU merupakan badan yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Setiap tahun ada laporan hasil mesyuarat IMWU. Dari situ akan dibawa juga suara kita kepada United Nation walaupun hanya peringkat ‘family meeting’,” katanya ketika ditemui ketika menyertai ‘Kelantan Tours’ di sini hari ini.

‘Kelantan Tours’ membawa delegasi dari luar negara melawat perusahan dodol, gelembung buaya dan serunding, wayang kulit di Kampung Laut, Tumpat dan industri membuat akok di Morak.

Seramai 40 delegasi dari luar negara mengikuti persidangan tersebut yang bermula Isnin lepas. – HARAKAHDAILY 27/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11700-deklarasi-kota-bharu-dibawa-ke-peringkat-dunia

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Empat penulis wanita Kelantan terima anugerah

Syabas Kerajaan Negeri Kelantan kerana benar-benar membuktikan slogan #KelantanCaknaWanita dan peka sastera budaya dengan menghargai jasa bakti kaum Hawa yang berdakwah melalui tinta dan pena dengan ilmu dan kepakaran masing-masing. Kemuncak acara #HariSayyidatinaKhadijah2019 merekod sejarah apabila empat penulis wanita Kelantan dinobatkan sebagai penerima anugerah tokoh di bidang kemasyarakatan, kesenian, pendidikan dan kelainan upaya. Mendahului […]

Subscribe US Now