Di saat mati pun aurat wanita dihormati

webmaster

MUNGKINKAH wujud eksploitasi untuk tujuan tertentu sehingga wanita yang menghadiri temuduga calon kru kabin sebuah syarikat penerbangan dikatakan perlu membuka baju?

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, jika benar laporan tersebut ia amat mendukacitakan.

“Jika syarat setiap calon kru kabin terpaksa membuka baju, ia satu malapetaka terhadap wanita khususnya orang Islam.

“Islam tidak menghalalkan cara sedemikian, malah sehingga mati pun aurat muslimat tetap dihormati.

“Solat jenazah, soal kapan sekali pun tidak  sama dengan lelaki,” katanya pada Kuliah Bulanan Wanita Kelantan di Balai Islam, Kota Bharu hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan calon pramugari Malindo Air diminta membuka baju untuk pemeriksaan parut atau cacah pada sesi temuduga 11 Mac lalu.

Bagaimanapun syarikat penerbangan itu hari ini menafikan laporan mengenai prosedur pemeriksaan ke atas calon kabinnya.

Sebaliknya syarikat itu dilapor menjelaskan pemeriksaan untuk mengesan parut dilakukan secara profesioal dan tertutup oleh penyelia wanita sebagai sebahagian proses temuduga. – HARAKAHDAILY 5/4/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tubuh yayasan kumpul dana untuk pelajar miskin

AHLI Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin mencadangkan kerajaan mewujudkan satu yayasan untuk mengumpul dana bagi menaja pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beliau berkata, yayasan ini dianggotai oleh gabungan orang kaya di dalam negara sebagaimana ia telah dilakukan oleh masyarakat Tionghoa bagi membantu pelajar-pelajar miskin dalam kalangan mereka […]

Subscribe US Now