Dibuang kerja kerana terima rumah kerajaan negeri

SEBELUM ini pemimpin Umno berkali-kali menafikan politik dendam terhadap rakyat Kelantan, namun apa yang berlaku di peringkat bawahan tidak mencerminkan apa yang dicakap.

Penderaan politik terhadap penyokong PAS terus berlaku.

Baru-baru ini ketua sebuah keluarga di Mukim Melor mendakwa kehilangan kerja selepas menerima rumah dhuafat sumbangan kerajaan negeri.

Isterinya, Siti Esah Kadir, 41 berkata, sebelum ini ada pihak daripada Umno datang menawarkan bantuan rumah kepada keluarganya.

Namun katanya janji tersebut tidak ditunaikan individu terbabit.

“Sebaliknya Penghulu Mukim Melor, Nazmi Seman memberitahu kami mendapat pula bantuan rumah dhuafat sumbangan kerajaan negeri hasil usaha wakil rakyat.

“Dan tidak lama kemudian individu terbabit datang lagi dan mendakwa permohonan rumahnya sudah diluluskan Umno,” katanya semalam.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa kunjungan Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusoff bersama Setiausaha Majlis Tindakan Dun Melor, Mohd Tanazi Ariffin.

Siti Esah juga berkata, ekoran suaminya menerima rumah dhuafat menyebabkan dia dipecat daripada bekerja dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno.

Menurutnya sebelum ini suaminya bekerja sebagai tukang rumah dengan syarikat pemaju terbabit. – HARAKAHDAILY 14/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment