DIVIDEN PESERTA LADANG RAKYAT BANTU RINGANKAN BEBAN

webmaster

oleh Che Maziah Mat

PENGKALAN CHEPA : Seramai 4,697 orang penerima dividen Ladang Rakyat peringkat kali ke-52 bagi tahun 2020 hadir bagi menerima baucar tunai masing-masing.

Majlis penyerahan tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Panchor yang juga Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah bertempat di Kompleks PURNAMA.

Dengan amaun keseluruhan bayaran sebanyak RM 5.6 juta, ia melibatkan bayaran bagi 3 DUN dalam kawasan Pengkalan Chepa iaitu DUN Panchor, Chempaka dan juga Kijang.

Rata-rata peserta yang hadir hari ini menerima baucar tunai yang bernilai RM1080 setiap seorang bagi tempoh bayaran 6 bulan (Julai-Disember 2020) yang lepas.

Penyerahan baucar disampaikan oleh YB ADUN masing-masing bagi kawasan peserta yang terlibat. Oleh kerana negara masih lagi berada dalam suasana pandemik COVID-19, keterlibatan perserta yang hadir hanyalah 40 orang bagi setiap DUN.

Manakala peserta yang selebihnya, amaun yang sama akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing bagi mengikuti perintah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang tidak membenarkan kehadiran peserta yang ramai dalam sesuatu majlis.

Turut hadir ADUN Chempaka, YB Ahmad Fathan Mahmood, ADUN Kijang YB Dr Izani Husin serta Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Encik Mohd Zain Mat dan peserta-peserta Ladang Rakyat.- UPKN KELANTAN 7/4/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KERAJAAN NEGERI SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN BEKALAN AIR

oleh Nik Azman Nik Mustafa KOTA BHARU – Kerja-kerja pembinaan  di Loji Rawatan Air Kampung Telok dan Loji Rawatan Air Teluk Mesira sedang rancak dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan sekitar menjelang bulan Ramadan ini. Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata demikian sewaktu melakukan lawatan […]

Subscribe US Now