Diyat terkandung Kanun Jenayah Syariah Kelantan

webmaster

TITAH Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai cadangan Jemaah Pengampunan Pahang mengguna pakai kaedah diyat yang melibatkan pengampunan keluarga mangsa menarik perhatian ramai.

Cadangan itu sebenarnya sudah terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (KJS) (II) Kelantan yang dilulus pada 1993.

Ia terkandung dalam bahagian II di bawah tajuk Qisas. Qisas dan diyat dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian dan kecederaan manusia.

Kesalahan yang menyebabkan kematian pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu qatl-al-‘amd (menyebabkan kematian dengan sengaja hendak membunuh), kedua, qatl-syibhi-al-‘amd (menyebabkan kematian menyerupai qatl-al-‘amd).

Dan ketiga, qatl-al-khata’ (menyebabkan kematian dengan tidak sengaja).

Hukuman bagi sesiapa yang melakukan qatl-al-‘amd hendaklah dihukum bunuh sebagai hukuman qisas.

Bagaimanapun sebelum hukuman itu dijatuhkan sekiranya seseorang wali mengampunkan pesalah itu sama ada dengan membayar diyat atau tidak.

Diyat hendaklah dibayar sekaligus atau ansur-ansur dalam tempoh tiga tahun.

Dan sekiranya pesalah itu mati maka diyat hendaklah dibayar daripada pusaka pesalah terbabit.

Peguam Nik Bahrum Nik Abdullah berkata konsep diyat terkandung dalam KJS Kelantan yang dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 1993.

Katanya, diyat terkandung dalam bahagian qisas KJS Kelantan.

“Biar pun sudah lama dilulus dan dikemaskini semula pada 2015 namun KJS tersebut belum dapat dilaksaakan kerana halangan perlembagaan,” katanya di Kota Bharu.

Oleh itu beliau menyifatkan titah Pemangku Raja Pahang sebagai satu perkembangan yang menarik bagi perundangan Islam biar pun dalam konteks agak berbeza. – HARAKAHDAILY 11/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ahli Majlis PBT PKR masih kekal di Kelantan

KETIKA ada pihak menyifatkan PAS dayus kerana tiga anggota Exco masih kekal di Selangor, sebaliknya di Kelantan wakil daripada PKR masih dilantik sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sesi 2017. Pelantikan bagi sesi baru yang bermula bulan ini dimulakan seminar dan majlis angkat sumpah ahli PBT pada 7 Mei […]

Subscribe US Now