Doket pasir meningkat RM9 juta setahun

webmaster

KERAJAAN negeri dijangka dapat memunggut doket daripada pengeluaran pasir sehingga mencecah RM9 juta setahun.

Hasrat itu bakal menjadi kenyataan dengan wujudnya Konsortium Pengusaha Pasir Lestari Sdn Bhd yang menggabungkan pengusaha-pengusaha pasir di Kelantan.

Pengarah Urusan konsortium terbabit, Din Che Mat berkata dalam tempoh setahun jumlah doket yang dibayar pengusaha pasir kepada kerajaan negeri dijangka meningkat daripada RM500,000 kepada RM6 juta tahun hadapan.

Katanya seramai 48 pengusaha pasir yang bergabung di bawah konsortium tersebut membayar royalti pasir antara RM15,00 sehingga RM30,000 sebulan.

“Katakan kita ambil purata RM15,000 sebulan dan kali dengan 50 orang pengusaha, dalam tempoh sebulan sahaja kita dapat RM750,000.

“Ini merupakan hasil doket yang dibayar oleh pengusaha pasir kepada kerajaan negeri,” katanya di majlis kesyukuran dan perasmian konsortium itu di Kota Bharu hari ini.

Program yang diadakan di Tunjung Banquet itu dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Ramli Mamat.

Turut hadir Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri  Kelantan, Azman Awang dan wakil Pejabat Tanah dan Galian. – HARAKAHDAILY 8/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan naik taraf infra ICT

KELANTAN ICT Gateway Sdn Bhd mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Celcom Axiata Berhad bagi menaik taraf infrastruktur komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) di Kelantan. Pengarah Kelantan ICT Gateway, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, penekanan diberikan dalam industri ICT bagi meningkatkan capaian yang lebih baik. “Perjanjian persefahaman ini memberi […]

Subscribe US Now