DR ZAKIR TIDAK SABAR TEMUI RAKYAT KELANTAN

webmaster
Dr Zakir Naik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

KOTA BHARU: Pendakwah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik yang tiba di sini pagi tadi memberitahu tidak sabar untuk bertemu rakyat Kelantan.

Beliau turut mengucap terima kasih kepada kerajaan Kelantan kerana mengaturkan program khas untuknya di negeri tersebut.

“Insya Allah kita bertemu nanti,” ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini hari ini.

Ketibaannya pada jam 8.45 pagi disambut Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kob dan Pengarah program Jelajah Dr Zakir Naik, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi.

Che Abdullah berkata, rakyat Kelantan hendaklah hadir beramai-ramai pada program bersama Dr Zakir di Stadium Sultan Muhammad Ke 1V pada malam 9 Ogos ini.

“Kehadiran rakyat Kelantan amat penting bagi menyatakan bantahan terhadap usaha pihak tertentu mendesak Dr Zakir Naik dihantar pulang ke negara asalnya.

“Nyatakan solidariti kita untuk mempertahkan Dr Zakir Naik dan kita juga perlu bersihkan namanya yang dituduh sebagai ekstrem,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12321-dr-zakir-tidak-sabar-temui-rakyat-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

HARGA 1 DINAR KELANTAN CECAH RM1 RIBU

oleh Norzana Razaly KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd., KGT (anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan, PMBK) tekal beristiqamah mendaulatkan mata wang sunah Dinar Dirham sebagai produk utama keluaran syarikat di samping wafer bar 1g berketulenan 24K sebagai produk pelaburan alternatif. Berprinsipkan […]

Subscribe US Now