Dun Kadok johan Cakno Rakyat 2017

webmaster

DEWAN Undangan Negeri (Dun) Kadok memenangi hadiah RM10,000 setelah menduduki tempat pertama program Cakna Rakyat 2017.

Dun Jelawat dan Dun Guchil masing-masing memperoleh RM7,000 dan RM5,000 setelah menduduki tempat kedua dan ketiga.

Selain hadiah wang tunai, setiap Dun yang menang memperolehi cenderamata khas.

Anugerah itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu majlis khas hari ini.

Fadzli ketika ditemui memberitahu, kerajaan negeri memperuntukkan RM10,000 setiap Dun untuk menjayakan program itu.

Bagaimanapun, katanya jumlah perbelanjaan di setiap Dun tidak sama.

“Ada yang lebih daripada itu, namun pihak mereka sendiri yang menambah peruntukkan.

“Jumlah begitu berbeza dengan Dun yang lain kerana kreativiti yang dipersembahkan dalam program itu juga berlainan,”ujarnya.

Katanya, selain berjaya mengumpul pengunjung paling ramai, pengisian program yang pelbagai turut diambil kira khususnya untuk pemarkahan.

Fadzli berharap program itu akan menjadi jambatan erat antara pimpinan peringkat Dun dengan masyarakat khususnya di peringkat kampung. – HARAKAHDAILY 11/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

20 Kenderaan Sertai Kembara Jelajah Kelantan Selatan

KOTA BHARU– Persatuan Mawaddah Kelantan (PEMAKEL) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) buat julung kali mengadakan Kembara Jelajah Kelantan Selatan bagi menyampai sumbangan kepada asnaf dan mengeratkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan masyarakat Kelantan Selatan. Program kembara selama dua hari satu […]

Subscribe US Now