Dun Kelantan belum terima soalan Adun PAN

webmaster

KOTA BHARU: Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) lepas, Adun Parti Amanah Negara (PAN) Salor Datuk Husam Musa kerap bertegang leher dengan wakil kerajaan.

Ketika pihak kerajaan menggulung perbahasan beliau acap bangun membangkitkan pelbagai isu, sedangkan ketika Exco menjawab soalan lisan Adun Salor jarang kelihatan di Dun.

Bagaimanapun pada persidangan Dun akhir Mac ini Adun PAN difahamkan belum menghantar sebarang soalan untuk dijawab pihak kerajaan.

Perkara itu disahkan Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob dengan menjelaskan setakat ini pihaknya belum menerima sebarang soalan sama ada untuk jawapan bertulis atau mulut dari Adun Salor.

“Sebanyak 11 soalan diterima dari ahli-ahli dewan yang mahu mendapatkan jawapan bertulis. Manakala soalan untuk jawapan mulut sebanyak 25 soalan,” katanya di sini.

Beliau berkata sehingga semalam tiada satu soalan pun dari wakil PAN diterima pihak Dun. – HARAKAHDAILY 2/3/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tabung Bantuan Segera Untuk Rakyat

Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan kutipan derma sempena sambutan ulang tahun ke-27 Akaun Amanah Kebajikan Darul Naim atau lebih dikenali dengan nama Tabung Serambi Mekah. Pelancaran ini merupakan langkah utama bagi menarik para penderma menyumbang dari segi kewangan untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kebajikan Darul Naim. Ahmad Yakob ketika merasmikan […]

Subscribe US Now