Dun Kelantan rakam takziah

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini merakam ucapan takziah kepada mangsa pembunuhan di Christchurch, selatan New Zealand.

Sehubungan itu, Timbalan Speaker Dun Dato’ Abdul Fattah Mahmood mengajak anggota Dun membaca al Fatihah untuk disedekahkan kepada mangsa khususnya yang maut pada tragedi itu.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan al Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terlibat pada kejadian di Christchurch,” katanya sebelum persidangan Dun berakhir petang tadi.

Pada Jumaat lepas seramai 49 mangsa yang sedang menunaikan solat Jumaat di dua masjid ditembak rambang disyaki dilakukan pengganas kulit putih berasal dari Australia.

Tiga rakyat Malaysia juga cedera pada kejadian menyayat hati itu, di mana seorang berasal dari Kelantan. – HARAKAHDAILY 19/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10283-dun-kelantan-rakam-takziah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment