Dun Kelantan rakam takziah

webmaster

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini merakam ucapan takziah kepada mangsa pembunuhan di Christchurch, selatan New Zealand.

Sehubungan itu, Timbalan Speaker Dun Dato’ Abdul Fattah Mahmood mengajak anggota Dun membaca al Fatihah untuk disedekahkan kepada mangsa khususnya yang maut pada tragedi itu.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan al Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terlibat pada kejadian di Christchurch,” katanya sebelum persidangan Dun berakhir petang tadi.

Pada Jumaat lepas seramai 49 mangsa yang sedang menunaikan solat Jumaat di dua masjid ditembak rambang disyaki dilakukan pengganas kulit putih berasal dari Australia.

Tiga rakyat Malaysia juga cedera pada kejadian menyayat hati itu, di mana seorang berasal dari Kelantan. – HARAKAHDAILY 19/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10283-dun-kelantan-rakam-takziah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kesalahan syariah di Kelantan berkurangan

KOTA BHARU: Kes-kes yang melibatkan kesalahan syariah di Kelantan semakin berkurangan berikutan kerajaan negeri memperkenalkan hukuman alternatif menggunakan pendekatan pendidikan terhadap pesalah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata negeri, Dato’ Mohd Nassurudin Daud berkata, hukuman tersebut sebagai pilihan terhadap hukuman sedia ada termasuk denda atau penjara. Katanya, pada […]

Subscribe US Now