ECRL akan ubah wajah Tok Bali

webmaster

PASIR PUTEH: Tok Bali yang pesat membangun sekarang akan berubah wajah lagi dengan adanya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka mempunyai stesen penumpang dan kargo.

Md Rashid Muhamad serah replika kunci kepada Rosdi Ya’cob.

Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Rosdi Ya’cob berkata, potensi pembangunan Tok Bali sangat besar di Kelantan dengan adanya kemudahan tersebut.

Katanya pertumbuhan itu disokong pula dengan projek usahasama dengan mewujudkan D’bali Harmoni yang merupakan kompenan penting di Tok Bali.

“Ia sekaligus dapat menampung keperluan pelabuhan yang ada sekarang bagi merancakkan pertumbuhan sosio ekonomi penduduk tempatan,” katanya pada majlis penyerahan projek usahasama antara MDPP dan Pingat Harmoni Sdn Bhd di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin; Pengarah Urusan Pingat Harmoni Md Rashid Mohamad dan Ketua Whip Ahli Majlis MDPP Drs Saiful Bahrain Mohamed.

Rosdi juga berkata, MDPP mewartakan kawasan seluas 2,500 hektar di Tok Bali sebagai kawasan pembangunan bandar pelabuhan.

Selain itu turut dirancang taman industri seluas 1,000 ekar di samping kawasan penempatan dan komersil. – HARAKAHDAILY 24/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10781-ecrl-akan-ubah-wajah-tok-bali

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Konvensyen Al-Quran Antarabangsa Himpun Peserta Dari Pelbagai Negara

  KOTA BHARU– YAB Ustaz Dato’ Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan hadir merasmikan Konvensyen Al-Quran Al-Karim Peringkat Antarabangsa 1440/2019. Pertubuhan Akademi Al-Quran Bandar Raya Islam yang telah menjadi perancang utama konvensyen ini dengan kerjasama JAHEAIK, YIK, MAIK, MPKB-BRI serta para asatizah dan qari-qari yang telah dijemput khas […]

Subscribe US Now