ECRL BERI IMPAK BESAR KEPADA KELANTAN

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kelantan menyambut baik pendirian Kerajaan Persekutuan yang memutuskan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek ECRL memberi impak yang besar kepada Kelantan.

Katanya, ECRL adalah projek kerajaan dan sekiranya ia akan diteruskan, kerajaan negeri begitu berbesar hati menerima berita itu.

“Pada pandangan kita sejak awal lagi kita nampak ada potensi ekonomi yang baik daripada projek tersebut.

“Ia akan memberi kesan ekonomi kepada kawasan-kawasan terlibat terutama di stesen-stesen yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kawasan penempatan baharu,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Mohd Amar berkata memang terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan berhubung projek ECRL namun kerajaan negeri menyifatkan ia adalah perkara biasa.

Tambahnya, apa yang bakal diperolehi akan mendapat banyak manfaat jika projek itu diteruskan.

Menyentuh Belanjawan Negara 2020, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan lima cadang projek di negeri ini. – HARAKAHDAILY 26/9/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13290-ecrl-beri-impak-besar-kepada-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN BERKABUNG 40 HARI

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR KOTA BHARU: Rakyat Kelantan dan pegawai kerajaan negeri berkabung selama 40 hari bermula hari ini berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pagi tadi. Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, mereka perlu memakai kain putih di kemuncak songkok […]

Subscribe US Now