ECRL: DAHULU 5 STESEN, SEKARANG HANYA 2

webmaster
Ustaz Abdul Rahman Yunus pada pelancaran semula ECRL di Dungun.

KOTA BHARU: Biarpun hanya dua stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding lima pada perancangan awal, namun Kelantan menyambut baik projek itu diteruskan selepas tertangguh hampir sembilan bulan.

Kerajaan pusat hanya melulus dua stesen iaitu Tok Bali dan Tunjung di Kota Bharu berbanding lima stesen sebelum ini termasuk Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu dan Jelawat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, projek itu mampu meningkatkan sosio ekonomi penduduk dan merancakkan pembangunan negeri.

“Permintaan kita sebelum ini iaitu lima stesen, namun kerajaan memutuskan dua sahaja stesen iaitu di Tok Bali Tunjung, tetapi perbincangan antara kedua-dua pihak masih terbuka.

“Walau apa pun kita tetap menyambut baik langkah kerajaan Persekutuan melaksanakan semula projek ECRL selepas tertangguh sekian lama,” katanya ketika ditemui pda program bersama peserta Ladang Rakyat di sini petang semalam.

Pada 25 Julai lepas kerajaan pusat melancar semula projek ECRL di tapak terowong Dungun yang disempurnakan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. – HARAKAHDAILY 1/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12234-ecrl-dahulu-5-stesen-sekarang-hanya-2

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JANJI MENTERI SUDAH LAMA ‘SEMBAH BUMI’

JELI: Sebelum ini bekas menteri pernah berjanji mewujudkan kilang Proton di sini, bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Papan tanda kilang tersebut sudah lama menyembah bumi, dan sekarang lokasi itu tidak jauh dari Politeknik Jeli bertukar menjadi rumah kedai dibina pemaju swasta. Sebaliknya kerajaan negeri biarpun tidak menjanjikan membina kilang […]

Subscribe US Now