ECRL: MB Kelantan ucap terima kasih

webmaster

PIHAK Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas persetujuan membangunkan ECRL di Kelantan. Sebagaimana telah dimaklumkan bahawa dua buah stesen akan dibangunkan di negeri ini iaitu stesen Kota Bharu dan Tok Bali.

Pihak Kerajaan Negeri Kelantan melihat keputusan ini akan memberi impak yang besar kepada majoriti rakyat Kelantan khususnya dalam membuka peluang pekerjaan menerusi pelbagai bidang yang berkaitan dengan pembinaan dan pengangkutan.

Ia juga merupakan langkah positif dalam merancakkan tempo ekonomi negeri dengan adanya kemudahan transportasi yang lebih efisien dan mampu menguruskan transaksi barangan yang bervariasi serta berskala besar. Secara langsung ia akan merubah landskap keusahawanan menjadi lebih kondusif dan kompetetif untuk semua warga Malaysia.

Seandainya kewujudan ECRL ini diurus dengan baik dan mengikuti piawaian sebenar, ini akan memberi Malaysia satu lagi fasiliti bertaraf antarabangsa yang akan memacu negara ini menjadi sebuah negara yang membangun dengan pesat setanding dengan negara maju yang lain.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB 
Menteri Besar Kelantan
8 Syaaban 1440 / 14 April 2019 – HARAKAHDAILY 14/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/10626-ecrl-mb-kelantan-ucap-terima-kasih

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penganut pelbagai agama gembira tinggal di Kelantan

KOTA BHARU: Ketua-ketua agama di Kelantan yang terdiri daripada Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menyatakan kesyukuran dan gembira berada di bawah kerajaan negeri sekarang. Presiden Majlis Perundingan Malaysia Dr JP Kamalanathan berkata, sepanjang berada di bawah kerajaan yang mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam, tiada sebarang tindakan yang mengganggu kebebasan beragama. […]

Subscribe US Now