Ekonomi negara: Mustapa perlu jujur kepada rakyat

zailahKOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, diminta jujur dengan rakyat untuk menceritakan keadaan sebenar ekonomi negara.

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata sekiranya ekonomi negara kukuh, kenapa insitusi bank di negara ini ada yang tutup.

Pada masa yang sama, katanya keadaan Ringgit Malaysia (RM) yang semakin rendah nilainya berbanding mata wang asing.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ini yang menafikan negara mengalami kemelesetan ekonomi.

TOK-PAMenurut Mustapa lagi, mengikut definisi kemelesetan ekonomi, ianya akan berlaku sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan negatif bagi dua suku pertama berturut-turut.

“Kalau ekonomi kukuh kenapa pekerja diberhentikan oleh majikan dan beberapa buah syarikat pula terpaksa ditutup kerana tidak mampu menampung kos operasi,” tanya Zailah.

Beliau turut mempersoalkan kenapa hutang negara makin bertambah dan pada masa yang sama peruntukan kerajaan kepada kementerian dan agensinya juga dipotong.

Zailah turut menambah, apabila berlaku penurunan harga minyak di pasaran global, kesannya begitu besar kepada negara pengeluar minyak termasuk Malaysia.

Tambahnya lagi, kebergantungan negara terhadap sumber petroleum tinggi.

“Jika harga minyak jatuh, ekonomi negara juga akan jatuh,” ujarnya.

Beliau menambah, dengan nilai ringgit rendah, harga barangan semakin mahal, ditambah pula kos cukai GST, hidup rakyat semakin tertekan.

Beliau yang melahirkan rasa simpat dengan nasib rakyat, bagaimanapun menasihati mereka menghadapi situasi itu dengan bijak.

Katanya, rakyat perlu jimat untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak diduga akan berlaku pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 7/9/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment