El Nino: Kelantan anjur munajat rakyat

webmaster

KOTA BHARU: Mengambil kira kesan fenomena El Nino sekarang, kerajaan negeri akan menganjurkan Munajat Rakyat Kelantan awal pagi 22 April ini.

Munajat itu akan bermula jam 4 pagi diadakan di padang hoki Kota Bharu (bersebelahan Padang Perdana). Program tersebut dijangka diketuai Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Manakala solat sunat Istisqa pula akan diadakan jam 7.30 pagi akan diimamkan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Tuan Sharifuddin Tuan Ismail (Kanan) berkata pihaknya menjemput semua agensi kerajaan hadir pada program berkenaan.

“Kita hendaklah sama-sama memohon ke hadrat Allah SWT supaya fenomena El Nino yang berlaku sekarang berakhir kerana ia mendatang kesan kepada kehidupan manusia.

“Bukan sahaja manusia yang terkesan, malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga terjejas sehingga boleh mendatangkan kesan kepada pengeluaran makanan,” katanya di sini.

Menurutnya juga kerajaan negeri menggalakkan rakyat Kelantan berpuasa sunat pada Khamis (21 April), lebih-lebih lagi sempena Rejab sekarang.

Oleh itu beliau menjemput semua rakyat Kelantan menghadiri program terbabit dengan membawa sejadah, untuk sama-sama bermunajat dan menunaikan solat Istisqa. – HARAKAHDAILY

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ustaz Ahmad rakam terima kasih doa rakyat

KOTA BHARU: Ustaz Datuk Ahmad Yakob sudah boleh bercakap dan bertindak balas dengan keadaan di sekeliling selepas menjalani pembedahan kecil pagi tadi. Setiausaha Politiknya, Wan Roslan Wan Hamad memberitahu Menteri Besar meminta air untuk diminum. “Alhamdulillah pembedahan kecil di bahagian kepalanya berlangsung selama sejam bermula jam 9.30 pagi tadi berjalan […]

Subscribe US Now