El-Nino: Ternakan di Kelantan tidak terjejas

KOTA BHARU – Ternakan di Kelantan disahkan tidak terjejas dan tiada penyakit dikesan biarpun negara dilanda fenomena El-Nino sejak Januari lalu.

Pengarah Veterinar Kelantan, Dr Suratan Kamaruddin berkata, penternak di negeri ini didapati lebih berdikari untuk mencari sumber makanan.

“Pegawai-pegawai jabatan sentiasa memantau dan menjalankan rawatan terhadap projek ternakan di bawah jabatan ini.

“Kita maklumkan kepada penternak yang mana ada masalah, mereka diminta melaporkan, cuma setakat ini, tiada lagi laporan dibuat, malah sebahagian besar penternak berupaya mencari jalan keluar dari isu El-Nino,” katanya.

Katanya, ada dalam kalangan penternak sudah pandai mengubahsuai kaedah menternak dengan keadaan cuaca dan berdikari mencari makanan di persekitaran kawasan ragutan di tepi sungai.

Sementara itu, bagi perkembangan lain, beliau memaklumkan bekalan daging untuk bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri nanti mencukupi.

-sinarharian

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment