Empat penulis wanita Kelantan terima anugerah

Syabas Kerajaan Negeri Kelantan kerana benar-benar membuktikan slogan #KelantanCaknaWanita dan peka sastera budaya dengan menghargai jasa bakti kaum Hawa yang berdakwah melalui tinta dan pena dengan ilmu dan kepakaran masing-masing.

Kemuncak acara #HariSayyidatinaKhadijah2019 merekod sejarah apabila
empat penulis wanita Kelantan dinobatkan sebagai penerima anugerah tokoh di bidang kemasyarakatan, kesenian, pendidikan dan kelainan upaya.

Mendahului senarai penerimaan seperti yang tercatat dalam buku cenderamata ialah penulis skrip drama TV, Puan K.A. Razhiyah mengungguli Tokoh Zainab Khuzaimah (Kemasyarakatan) diikuti oleh Puan Hajah Zawiah binti Che Pa, pemuisi dan penulis cerpen tersohor era 80-an disarungkan selempang Tokoh Al-Khansa’ Amru (Kesenian).

Manakala penulis buku ilmiah yang prolifik iaitu
Prof. Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dimasyhurkan sebagai penerima anugerah Tokoh Aisyah Abu Bakar (Pendidikan).

Tidak ketinggalan, penulis novel dan cerpen kanak-kanak, Puan Amy Suzaini Mohd Ainudin menerima anugerah Tokoh Zinnirah Al Rumiyah (Orang Kurang Upaya (OKU).

Tahniah kepada keempat-empat penulis hebat yang diraikan.- UPKN 27/6/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment