Enakmen diharap cegah penipuan darjah kebesaran

webmaster

KOTA BHARU:  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V melahirkan rasa syukur kerana tahun lalu kerajaan Kelantan telah meminda Enakmen Lambang-lambang dan nama (mencegah daripada salah guna) 1977.

Menurut baginda, pindaan itu memberi kuasa kepada mahkamah untuk menentukan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan atau bersubahat memberi serta menerima, menggunakan agelaran kebesaran tersebut.

Titah baginda, menggunakan anugerah atau gelaran kebesaran yang tidak diiktiraf oleh negeri suatu kesalahan.

“Beta berharap enekman ini dapat membendung gejala tersebut,” titah baginda lagi.

Pada masa yang sama, baginda melahirkan rasa syukur memandangkan tahun ini satu darjah kebesaran baru negeri yang dinamakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Setia atau Al Petrawi diwujudkan.

Titah baginda, ia diwujudkan bagi memperingati zaman pemerintahan ke bawah pemeritahan ayahandanya.

Menurut baginda, adala menjadi hasrat baginda supaya darjah kebesaran itu dianugerahkan kepada anggota-anggota pasukan badan beruniform dalam perkhidmatan awam sebagai satu penghargaan kepada kesetiaan yang berkekalan kepada baginda. –HARAKAHDAILY 13/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sepakat bangunkan Kelantan dalam kemelesetan ekonomi

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad K-V menyeru semua pihak dapat mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu. Titah baginda lagi, harapan berkenaan dizahirkan sempena perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-47 di sini. Sultan Muhammad V bertitah, pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dengan unjuran sekitar […]

Subscribe US Now