EUCALYPTUS MAMPU MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN DAN PENEBANGAN HUTAN ASLI DI NEGERI KELANTAN

webmaster

Lawatan ke Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Sungai Betis, Gua Musang seluas lebih kurang 30 hektar.

Menurut pembentang dari Pejabat Perhutanan hari ini, dalam tempoh dua tahun ini, pemerhatian mendapati Eucalyptus hybrid ini sangat sesuai ditanam dan bakal diiktiraf sebagai antara spesis ladang di masa akan datang.

Petak kajian ini turut dijadikan tapak kajian daripada UPM, FRIM dan para pengkaji lain.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Amar berkata, hasrat utama kerajaan adalah bagi mengurangkan penebangan dan pergantungan kepada hutan asli, serta sebagai usaha memelihara alam sekitar.

Eucalyptus hanya mengambil masa 4 tahun untuk matang dan sehingga 7 tahun bagi membekalkan kayu keras untuk pembuatan perabot. Kultur Eucalyptus hybrid ini didatangkan dari Naning, China dan Kelantan berkemampuan untuk membina makmal kultur sendiri selepas ini.

Terdahulu, ada pendapat mengatakan Eucalyptus tidak sesuai di Malaysia kerana kuat menggunakan sumber air. Walaubagaimanapun, dapatan kajian mendapati, Eucalyptus mampu membaiki struktur tanah yang rosak, mengekalkan kelembapan, dan tumbuhan lain boleh hidup bersama.

Semoga peluang dan usaha yang baik ini, memberikan berita yang baik buat semua pihak dan pemain industri di samping kita memelihara ekosistem alam sekitar.

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan dan alam sekitar

HANYA faktor masa yang mampu menjawab persoalan pengkritik Kerajaan PAS Kelantan. Itu asasnya. Sejak awal Januari 2018, peluru dan bom politik dihalakan kepada pentadbiran kerajaan negeri oleh beberapa pimpinan PH Kelantan khasnya apabila negeri ini membangunkan tanaman Eucalyptus di Gua Musang. Kisah kejayaan Eucalyptus Semalam (16 Julai 2020) saya sempat […]

Subscribe US Now