Exco, Adun lawat mangsa banjir

webmaster

mumtaz-jirBACHOK: Anggota Exco kerajaan negeri Mumtaz Md Nawi melawat mangsa banjir di Kampung Gajah Mati, Tawang di sini kelmarin.

Seramai 12 penduduk dipindah ke Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor sebagai penempatan sementara.

Mumtaz yang juga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan ditemani Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Kelantan, Mohammad Hanafi Maulud menemui mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut.

Manakala di Kampung Gunong pula seramai 8 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Menengah Jelawat. Di Bachok seramai 20 mangsa dipindahkan akibat banjir ekoran hujan turun lebat sejak Jumaat lepas. Menurut portal rasmi banjir kerajaan negeri jumlah mangsa di Kelantan meningkat kepada 75 orang tengah hari semalam berbanding 42 orang kelmarin.

Menurut portal itu antara jajahan yang terjejas akibat banjir iaitu Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Di Kota Bharu, seramai 29 orang dari tujuh keluarga di Kampung Pendek dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong selepas kediaman mereka ditenggelami air.

Di jajahan Pasir Puteh pula seramai 26 mangsa banjir di Kampung Bukit Awang dipindahkan ke Sekolah Wakaf Raja. – HARAKAHDAILY 5/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan bantah usul persempadanan SPR 2016

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membentang representasi bantahan ke atas syor-syor yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) terhadap usul persempadanan semula kawasan pilihan raya 2016. Bantahan itu dibuat pada prosiding siasatan tempatan kali pertama Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini. Antara kawasan parlimen yang […]

Subscribe US Now