Exco Kelantan dihalang masuk sekolah JPN

webmaster

BIARPUN diberi mandat oleh rakyat, namun anggota Exco di Kelantan tidak mendapat kerjasama untuk bertandang ke sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan ituPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setakat ini beliau tidak mendapat kerjasama untuk datang ke sekolah di bawah JPN.

“Setakat mana kerjaaan negeri boleh lakukan di bawah bidang kuasa Exco sahaja sedangkan mengawal dadah di bawah agensi Persekutuan.

“Malah anggota Exco yang mempunyai jawatan dalam Pemadam pun tidak boleh masuk ke sekolah kementerian,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) pada persidangan Dun hari ini.Zulkifli sebelum itu berkata masyarakat di luar Kelantan tidak tahu anggota Exco tidak boleh masuk ke sekolah di bawah JPN.

Menjawab soalan asal Ustaz Abdul Halim (PAS-Chetok) Dr Muhamed Fadzli berkata, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) membuat saringan air kencing di 164 sekolah di bawah JPN melibatkan seramai 4,148 pelajar.

Katanya, daripada jumlah itu 279 pelajar positif mencuba dadah dan 18 pelajar ditangkap polis kerana positif dadah. – HARAKAHDAILY 21/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

‘Orang mati’ pun kena GST

HEBATNYA kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila GST yang dilaksanakan sejak empat tahun lepas turut melibatkan urusan pengembumian jenazah. Rozi Muhamad (PAS-Tendong) berkata, keluarga si mati yang membeli kelengkapan jenazah juga terpaksa membayar GST. “Usahkan orang kaya yang masih hidup, orang mati pun dikenakan juga GST,” […]

Subscribe US Now