EXCO KESIHATAN KESAL KEPUTUSAN KERAJAAN PUSAT MEMBUANG NIKOTIN DARI AKTA RACUN

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri melalui portfolio Kesihatan meluahkan rasa kesal dan tidak bersetuju apabila kerajaan pusat membuat keputusan untuk membuang nikotin yang merupakan bahan asas gel dan cecair vape dari Akta Racun 1952 baru-baru ini.

Menurut Exconya YB Dr. Izani Husin, Menteri Kesihatan khususnya perlu menarik balik kelulusan tersebut dengan kadar segera kerana tindakan membenarkan penjualan rokok rokok elektronik (e-cig) atau vape secara berleluasa, samada kepada belia ataupun pelajar sudah pasti memberi impak negetif dari segi kesihatan.

“Kita mengimpikan satu generasi pelapis bebas rokok dan dadah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara kelak kerana kesan nikotin ini bukan sahaja menyebabkan ketagihan, bahkan kajian menunjukkan pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya,” ulasnya pada satu kenyataan di laman sosialnya semalam.

Tambahnya, zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak dan berisiko untuk mencuba bahan-bahan terlarang yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah.

“Kita melihat dasar dan polisi Kementerian Kesihatan yang ada hari ini sangat bertentangan apabila keputusan membuang nakotin ini di benarkan, walhal Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas amalan merokok.

“Apa yang berlaku ini sangat menghampakan pasukan kesihatan negara yang saban waktu bertungkus-lumus menyedarkan rakyat akan mudarat ketagihan nikotin ini,” jelasnya.

Sementara itu, sebelum ini Lembaga Racun Negara, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) sudah menyatakan larangan serta menasihati berkaitan isu ini, tetapi yang sebaliknya berlaku kerajaan tetap meluluskan percukaian ini tanpa terlebih dahulu meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau & Merokok, bagi memapankan usaha Generational EndGame, satu generasi baharu bebas rokok.

#ViraliyatBerita1ptg

Sumber

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment