EXCO KESIHATAN SAMPAIKAN KIT IFTAR KEPADA WARGA HRPZII

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU, 17 Mei – Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa peka terhadap kebajikan para petugas barisan hadapan di Kelantan khususnya warga perubatan yang gigih berkhidmat membantu masyarakat menangani wabak Covid-19.

Menghargai khidmat tersebut, agihan 200 bungkusan juadah iftar kepada pasukan barisan hadapan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin kepada Pengarah HRPZII, Dato’ Dr. Selasawati Ghazali di lobi bangunan klinik pakar, pukul 5 petang semalam.

Dr. Izani berkata, tujuan sumbangan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga hospital, dari pengarah sehingga ke kakitangan sokongan sama ada doktor, staff nurse, Pembantu Pegawai Perubatan (MA) dan sebagainya. Kesemuanya berdedikasi dengan bertungkus-lumus bekerja dalam situasi sangat genting.

Selanjutnya beliau mengulas, COVID-19 begitu merbahaya, namun warga HRPZII penuh istiqamah dan memberi sepenuh komitmen dalam menangani masalah COVID-19 itu walaupun pada peringkat awal kita melihat COVID-19 ini sangat membimbangkan alhamdulillah dengan izin Allah dan kerja kuat daripada mereka ini, COVID-19 di Kelantan dapat diatasi dengan jayanya.

Tambahnya lagi, semoga dengan juadah ini menjadi tanda ingatan dan terima kasih serta apresiasi daripada kami kepada kakitangan HRPZ II dan seluruh kawasan lain juga.

“Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Dr. Wan Martina yang bersama-sama bertungkus-lumus menyediakan juadah ini”, katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Program, Dr Wan Martina Wan Yusoff, kit juadah berbuka puasa tersebut mengandungi nasi lemak, kuih-muih, buah-buahan dan minuman.

“Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Exco Kesihatan, Pengarah dan warga HRPZII serta pihak restoran Nasi Lemak Kopi 0, rakan pelaksana menyediakan nasi lemak”, ujarnya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe US Now