oleh Farhan Fauzai
KADOK, 1 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor menyantuni masyarakat Tiong Hwa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di rumah Penghulu Tanpa Mukim, Tan How Teng di Kampung Tok Kong, semalam.
Dalam majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan limau mandarin dan ang pau sebagai simbolik untuk merapatkan hubungan di antara kaum khususnya pada musim perayaan ini.
Turut hadir, Timbalan Pusat Khidmat DUN (PKD) Kadok, Mahamed Rusdi, para penghulu dan kakitangan PKD Kadok.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg
#PakatJagaSOP