FAMA atasi lambakan sayur di Cameron Highlands

webmaster

PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menyelesaikan masalah lambakan sayur yang berlaku di musim Covid-19 khususnya di Cameron Highlands dan Lojing.

Timbalan Menterinya, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, berkata sebaik sahaja mendapat tahu perkara itu, pihaknya menghantar pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah mengambil langkah sepatutnya dan kami difahamkan sebahagian mereka sudah membuang hasil tanaman berkenaan, sebelum pihak kementerian mendapat maklumat.

“Sebahagian daripadanya FAMA akan membeli. Pembelian itu sama ada untuk diagihkan kepada masyarakat, ternakan atau zoo melalui kerjasama NGO,” katanya.

Kata beliau, masih banyak manfaat yang dapat dilakukan.
Manakala sebahagian lagi pihaknya akan menggunakan kaedah lain yang akan dibincangkan dari masa ke semasa. .

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau operasi di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Che Abdullah turut menasihatkan pengusaha pertanian supaya bersabar kerana ketika ini banyak halangan yang berlaku di mana-mana sahaja.

“Kementerian juga membuka bilik gerakan yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku sepanjang tempoh itu.

“Petani sewajarnya perlu berfikir lebih ke hadapan seperti menjual dalam talian, perkhidmatan penghantaran, berbanding kaedah lama,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 11/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/11/fama-atasi-lambakan-sayur-di-cameron-highlands/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan bersidang sehari 13 April ini

KOTA BHARU– Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang ditangguhkan sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diadakan selama sehari pada 13 April ini. Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, persidangan tersebut akan diadakan secara tertutup bermula jam 9 pagi. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now