Finalis Kalam Pemidato kunjungi MB Kelantan

KOTA BAHRU: Pemidato Muda mengadakan kunjungan hormat bertemu  Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mereka juga membuat kunjungan hormat bertemu Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat.

Program Ekspresi Kalam Pemidato Muda ini adalah anjuran jawatankuasa beliau bersama Konfederasi NGO Kelantan.

Empat peserta layak ke Pentas Akhir yang bakal berlangsung pada 25 Disember nanti, jam 10 pagi di Dataran Stadium Sultan Mohamed IV Kota Bharu.

Terdahulu para Pemidato Muda ini melawat Institut Pemikiran Tok Guru, Dato’ Bentara Setia (IPTG) dan mendengar taklimat disampaikan oleh Dr. Fadhli Abdul Ghani, Pemangku Pengarah IPTG. – HARAKAHDAILY 22/12/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment