FIREFLY RINTIS LALUAN JOHOR BAHRU-KOTA BHARU

webmaster
FIREFLY RINTIS LALUAN JOHOR BAHRU-KOTA BHARU

oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Rakyat Johor atau Singapura berpeluang terbang terus ke Kota Bharu melalui perkhidmatan disediakan Firefly bermula hari ini.

Penerbangan sulung bermula dari Johor Bahru tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

Firefly memilih hari Selasa, Khamis dan Sabtu untuk penerbangan setiap minggu dari Johor Bharu ke Kota Bharu dan sebaliknya.

Pelancaran penerbangan pertama itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman.

Hadir sama CEO Firefly, Philips See, wakil-wakil dari syarikat pelancongan dan perhotelan.

Md Anizam berkata, dengan adanya penerbangan Firefly akan merancakkan lagi Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.

“Kebetulan Kelantan dan Johor mengadakan tahun melawat negeri masing-masing. Kami mengambil kesempatan untuk mempromosikan apa yang menarik di Kelantan dan Johor,” katanya.

Kota Bharu juga mempunyai penerbangan terus ke Singapura melalui Scoot yang dilancar beberapa bulan lepas. Selain lain ke Kota Kinabalu, Kuching, Subang, KLIA dan Melaka.

Kelantan menyasarkan seramai 5.5 juta pelancong bertandang ke negeri itu sempena TMK 2020. – HARAKAHDAILY 17/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/17/firefly-rintis-laluan-johor-bahru-kota-bharu/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

7 FAKTA ISU PEMBALAKAN KELANTAN

SAYA menghormati pandangan seorang ‘speaker’ jemputan di ML Studios, dan sebenarnya saya turut berkongsi ‘concern’ yang sama tentang isu pembalakan di Kelantan. Secara umumnya segala teguran yang diberikan adalah amat baik, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan, antaranya: Fakta 1: Kelantan negeri ‘terbesar’ membuka hutan simpan untuk pembalakan. Silakan […]

Subscribe US Now