Fitnah: Pihak berkuasa perlu bertindak

KOTA BHARU: Pihak berwajib sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya Sultan Muhammad V akan meletakkan jawatan.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, banyak sangat tohmahan pihak tertentu terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan lebih-lebih lagi Pejabat Peguam Negara perlu prihatin dan bertindak.

“Ini bukan melibatkan peribadi sultan sebalik sebagai satu institusi. Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi, jadi perlu dipertahankan kehormatannya,” katanya ditemui media di Kota Darulnaim hari ini.

Sekarang tular di media baharu yang mendakwa Sultan Muhammad V akan meletak jawatan.

Sebelum ini Sultan Muhammad V mengambil cuti selama dua bulan atas faktor kesihatan.

Mohd Amar berkata, sebelum ini dimaklumkan baginda bercuti.

Isnin lepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat meninggalkan Istana Negara selepas menamatkan tugas memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan. – HARAKAHDAILY 3/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9301-fitnah-pihak-berkuasa-perlu-bertindak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment