Fitnah: Pihak berkuasa perlu bertindak

webmaster

KOTA BHARU: Pihak berwajib sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya Sultan Muhammad V akan meletakkan jawatan.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, banyak sangat tohmahan pihak tertentu terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan lebih-lebih lagi Pejabat Peguam Negara perlu prihatin dan bertindak.

“Ini bukan melibatkan peribadi sultan sebalik sebagai satu institusi. Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi, jadi perlu dipertahankan kehormatannya,” katanya ditemui media di Kota Darulnaim hari ini.

Sekarang tular di media baharu yang mendakwa Sultan Muhammad V akan meletak jawatan.

Sebelum ini Sultan Muhammad V mengambil cuti selama dua bulan atas faktor kesihatan.

Mohd Amar berkata, sebelum ini dimaklumkan baginda bercuti.

Isnin lepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat meninggalkan Istana Negara selepas menamatkan tugas memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan. – HARAKAHDAILY 3/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9301-fitnah-pihak-berkuasa-perlu-bertindak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

YDP Agong ke-16 dipilih pada 24 Januari

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong XVI (ke-16) bakal dipilih pada 24 Januari ini menerusi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja. Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 akan diadakan pada 31 Januari ini. […]

Subscribe US Now