Flashmob Kempen Kelantanku Bersih

Hari ini telah berlangsung flashmob Kempen Kelantanku Bersih sempena menyambut kepulangan anak-anak kelantan di perantauan. Untuk pengetahuan semua, program hari ini diadakan bersama-sama dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan secara serentak di 3 lokasi berasingan iaitu di Bukit Bunga (Jeli), Bukit Yong (Pasir Puteh) & Rantau Manis (Gua Musang).
.
Terima kasih Yb Dr Izani Husin (exco Kerajaan Negeri) yang turun padang bersama rakyat marhein. Terima kasih juga kepada Dr Azaharim Omar (Doktor Pakar Bius) yang juga sempat bersama dalam flashmob Kelantanku Bersih hari ini. Juga kepada agensi-agensi kerajaan serta semua yang terlibat dalam program hari ini.
.
Kepada gu kito semmo, pakat saye la blako ko negeri kito ni. Anak-anak Klate di perantauan balik dengan azam untuk mendidik masyarakat kita tentang kebersihan.
.
Tahun ni kito berjanji, untuk tidak sesekali kita buwe sapoh keluar daripada kenderaan, toksey doh buwe sapoh merato-rato. Sapoh kito, tanggungjawab kito.
.
Pakak-pakak jago negeri kito. Ko guano gu?

#FlashmobKempenKelantankuBersih
#KempenKelantankuBersih
#JangeTohokKoksey
#JupoSapohKutip
#CleanGreen

Sumber: FB Kempen Kelantanku Bersih

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
276Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment