Flashmob Kempen Kelantanku Bersih

webmaster

Hari ini telah berlangsung flashmob Kempen Kelantanku Bersih sempena menyambut kepulangan anak-anak kelantan di perantauan. Untuk pengetahuan semua, program hari ini diadakan bersama-sama dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan secara serentak di 3 lokasi berasingan iaitu di Bukit Bunga (Jeli), Bukit Yong (Pasir Puteh) & Rantau Manis (Gua Musang).
.
Terima kasih Yb Dr Izani Husin (exco Kerajaan Negeri) yang turun padang bersama rakyat marhein. Terima kasih juga kepada Dr Azaharim Omar (Doktor Pakar Bius) yang juga sempat bersama dalam flashmob Kelantanku Bersih hari ini. Juga kepada agensi-agensi kerajaan serta semua yang terlibat dalam program hari ini.
.
Kepada gu kito semmo, pakat saye la blako ko negeri kito ni. Anak-anak Klate di perantauan balik dengan azam untuk mendidik masyarakat kita tentang kebersihan.
.
Tahun ni kito berjanji, untuk tidak sesekali kita buwe sapoh keluar daripada kenderaan, toksey doh buwe sapoh merato-rato. Sapoh kito, tanggungjawab kito.
.
Pakak-pakak jago negeri kito. Ko guano gu?

#FlashmobKempenKelantankuBersih
#KempenKelantankuBersih
#JangeTohokKoksey
#JupoSapohKutip
#CleanGreen

Sumber: FB Kempen Kelantanku Bersih

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Yang di-Pertuan Agong Perkenan Gaji Baginda Dipotong 10%

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu sehingga tahun 2021. Baginda bertitah untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara pada tahun ini.  Dalam satu kenyataan Istana, baginda bertitah, […]

Subscribe US Now