Fokus sedia peluang pekerjaan 2019 – MB

webmaster

KOTA BHARU: Bagi mengharungi cabaran tahun baharu, kerajaan negeri memberi tumpuan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan melalui pembangunan industri hiliran.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, industri tersebut hasil daripada penerokaan sumber asli yang terdapat di Kelantan.

Manakala fokus kedua mempertingkatkan aspek kebersihan dan keceriaan serta penghijauan negeri.

“Fokus ketiga pula menangani gejala sosial dan aktiviti maksiat,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baru di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco dan ketua-ketua jabatan.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri menyasar melaksanakan pertandingan kebersihan dan keceriaan antara pihak berkuasa tempatan (PBT).

Keduanya kata beliau pengaktifan dan penjenamaan semula program Desa Taqwa yang pernah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini. – HARAKAHDAILY 3/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9298-fokus-sedia-peluang-pekerjaan-2019-mb

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kaji punca remaja lepak larut malam

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan melaksanakan kajian lebih menyeluruh bagi mengenal pasti punca masalah belia melepak di kedai-kedai makan sehingga larut malam. Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, antara usaha yang dicadang bagi mengurangkan gejala itu termasuk menghadkan waktu operasi premis berkenaan sehingga 10 malam. Katanya langkah itu sebagai usaha […]
Timbalan SUK menerima penghargaan daripada MB

Subscribe US Now