Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (PERAKAN Malaysia) julung-julung kalinya telah mengadakan Kejohanan Futsal Juara-juara Zon Piala Menteri Besar Kelantan 2015/2016 yang bertempat di Sport Planet Ampang, Selangor.
Perlawanan ini telah dimulakan di peringkat zon masing-masing pada tahun lepas yang merangkumi zon utara, tengah, selatan, Sabah dan Sarawak. Sambutan hangat daripada semua zon menyebabkan pihak PERAKAN Malaysia mengambil inisiatif mengadakan kejohanan in. Rentetan itu, maka tahun ini semua juara di setiap zon dikumpulkan dalam satu kejohanan demi merebut Piala Menteri Besar
Saudara Asywadie yang merupakan Pengarah Kejohanan ini berkata “ hanya pasukan yang telah menjuarai kejohanan di setiap zon dan cawangan masing-masing sahaja yang terpilih menyertai perlawanan ini. Maka hanya 16 pasukan berentap bagi merebut Piala Menteri Besar” Beliau berharap agar program ini dapat mencungkil bakat baru dalam arena futsal dan membina jaringan mahabbah dalam kalangan para peserta yang tinggal di serata Malaysia.
Kejohanan ini juga dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob, beliau berharap agar kejohanan ini boleh menghubungkan jalinan ukhuwwah sesama anak perantauan Kelantan, di samping menyihatkan tubuh badan dan menjuarai kejohanan.
Penyampaian hadian disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj Abdul Fattah Hj Mahmood, selaku Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Anak Perantau, yang membawa wang tunai sebanyak RM3000, piala dan pingat. Manakala naib juara pula pasukan DUN Bukit Tungku yang membawa pulang wang tunai RM2000 beserta pingat, pemenang ketiga dimenangi oleh PERAKAN Bangi dan keempat pula pasukan UTHW. Masing-masing memperolehi wang tunai RM1,000 beserta pingat.
Akhir sekali program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan jemputan daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan Setiausaha Pejabat Menteri Besar.