Gagal laksana janji punca PH merosot

webmaster

KOTA BHARU: Masyarakat Cina di sini menganggap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kurang memberangsang kerana gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan Dato’ Oie Poh Choon berkata, rata-rata masyarakat bukan Melayu di sini tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.

Katanya, kegagalan melaksanakan manifesto menjadi kayu ukur utama kegagalan kerajaan baharu yang menerajui Putrajaya sekarang.

“Selepas sembilan berlalu kami belum berpuas hati terhadap prestasi kerajaan PH sekarang. Namun kita berharap masih ada peluang kerajaan membaiki selaras dengan kehendak rakyat.

“Kami percaya kegagalan melaksanakan manifesto menyebabkan kerajaan PH tidak popular sehingga menjejaskan peluang pada PRU akan datang,” katanya selepas menerima sumbangan daripada kerajaan negeri hari ini.

Sumbangan sempena Tahun Baru Cina disampaikan Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua di Pejabat Menteri Besar.

Sumbangan sebanyak RM10,000 itu bagi menjayakan sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina pada 19 Februari lepas. – HARAKAHDAILY 27/2/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9925-gagal-laksana-janji-punca-ph-merosot

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Laungan ‘Bangkit Ummah’ bergema semula

MACHANG: Laungan ‘Hancur Hancur, Hancur Kuffar, Hidup Hidup, Hidup Islam, Bangkit Bangkit, Bangkit Ummah! kedengaran sehingga ke pinggir bandar. Ribuan jemaah Masjid Sultan Yahya Petra berhimpun seketika seusai mengerjakan solat Jumaat. Malah ramai berada di tepi jalan bagi mengikut himpunan tersebut. Tanpa mengira usia mereka kelihatan bersemangat bagi mepertahan Islam ketika […]

Subscribe US Now