Galak rakyat terbabit sistem wakaf

webmaster

KERAJAAN Kelantan menggalakkan rakyat negeri itu terbabit dengan sistem wakaf yang boleh memberi kebaikan kepada semua pihak.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, orang Islam boleh mewakaf sebahagian harta kepada Islam, di mana ganjarannya kekal sehingga kiamat.

“Begitu juga soal pembinaan masjid kerajaan negeri hanya memberi sebahagian dana dan bakinya diusahakan jawatankuasa masjid dengan mengumpul dana daripada orang ramai.

“Biarlah kalau ada pihak hendak pertikaikan usaha tersebut. Kita laksana kerana memahami tanggungjawab kepada Islam dan perjuangan,” katanya pada majlis kutipan derma dan wakaf bagi membina Pusat Tarbiah Islamiah Tumpat.

Pusat tarbiah itu akan dibangunkan di kawasan seluas satu ekar dianggar melibatkan kos RM1.2 juta.

Pusat terbabit akan dilengkapi bangunan Pasti Elit, Sekolah Rendah Islam, dewan serbaguna, pejabat, pusat latihan dan gelanggang badminton serta futsal.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyumbang melalui Bank Islam nombor akaun 03148010006548 atas nama Tabung Pembangunan dan Kebajikan Kawasan Tumpat.

Maklumat lanjut boleh hubungi pengerusinya, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat di talian 019 9817 486 atau Mohd Adanan Hassan 019 9818 036. – HARAKAHDAILY 19/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan sambut 27 tahun MBI

HARI ini bermula sambutan 27 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) selepas PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih Kelantan pada Oktober 1990. Hari ini juga ahli-ahli dan penyokong PAS digalak berpuasa sebagai tanda kesyukuran genap 27 tahun kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran ulama. Mereka akan berbuka puasa (iftar) di Putik, […]

Subscribe US Now